- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 1
IKBNSI PROMOSI PENGAMBILAN TVET SEMPERNA KEPUTUSAN SPM 2025 DI SMK DATO' ABDUL RAHMAN YAKUB, BOTA KANAN, PERAK
BOTA, 31 Mac 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah dijemput menyertai program promosi pengambilan pelajar TVET sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 yang berlangsung di SMK Dato' Abdul Rahman Yakub, Bota Kanan dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi pendidikan awam dan swasta yang turut memberi penerangan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pelajaran serta laluan kerjaya selepas SPM.Dalam program tersebut, IKBNSI telah mempromosikan dua program utama iaitu Program SLW 01: Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2) dan Program SKR 03: Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer) kepada para pelajar yang hadir.
Pengenalan program ini memberi fokus kepada bidang kemahiran TVET yang berimpak tinggi serta memenuhi keperluan industri semasa dalam sektor elektrik dan teknologi maklumat. Penyertaan IKBNSI ini diharap dapat membuka minda lepasan SPM terhadap peluang pendidikan kemahiran serta menggalakkan lebih ramai menyertai bidang TVET sebagai pilihan utama kerjaya masa hadapan.Usaha ini selaras dengan aspirasi negara dalam memperkukuh pembangunan modal insan berkemahiran dan berdaya saing.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#LepasanSPM
#ikbnseriiskandar
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
