KUNJUNGAN HORMAT IKBN SERI ISKANDAR KE PPD PERAK TENGAH PERKUKUH KERJASAMA PENDIDIKAN TVET

    KUNJUNGAN HORMAT IKBN SERI ISKANDAR KE PPD PERAK TENGAH PERKUKUH KERJASAMA PENDIDIKAN TVET

    Perak Tengah, 12 Mac 2026 | Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Perak Tengah sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik dalam memperkasa laluan pendidikan dan latihan kemahiran kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Kunjungan IKBN Seri Iskandar diketuai oleh Pengarah, Encik Farizul Arizal bin Abd Rahman, telah disambut oleh Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah, Encik Azlan bin Osman.Pertemuan tersebut membincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak, khususnya dalam memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). 

    IKBN Seri Iskandar merupakan antara institusi latihan kemahiran yang boleh dipilih oleh pelajar sebagai laluan bagi membina kerjaya masa depan yang lebih terjamin.Dalam sesi perbincangan, Pegawai Pendidikan Daerah menekankan bahawa pendidikan amat penting bagi memastikan setiap pelajar mempunyai hala tuju yang jelas selepas tamat persekolahan, seterusnya membantu mereka membina kerjaya dan menjamin kelangsungan hidup yang lebih baik pada masa hadapan.

    Kunjungan hormat ini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama antara IKBN Seri Iskandar dan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah dalam usaha melahirkan generasi muda yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #KunjungHormat
    #ikbnseriiskandar
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.