Seri Iskandar, 11 Mac 2026 – Perpustakaan IKBN Seri Iskandar dengan kerjasama Unit Bina Insan, IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan Program World #QuranHour 2026 yang melibatkan penyertaan kakitangan dan pelajar IKBN Seri Iskandar.
Program dimulakan dengan penglibatan kakitangan IKBN Seri Iskandar pada jam 12.00 hingga 1.00 petang bertempat di Perpustakaan IKBNSI melalui tayangan langsung Program World #QuranHour 2026 Perdana. Sesi ini memberi peluang kepada warga kerja untuk bersama-sama menghayati bacaan Al-Quran serta memahami mesej yang disampaikan.
Program diteruskan dengan penglibatan pelajar pada jam 1.30 hingga 2.30 petang bertempat di Surau Ibnu Sina, di mana semua pelajar mengambil bahagian dalam program tersebut. Program World #QuranHour 2026, yang memasuki penganjuran kali ke-11, mengangkat Surah Al-Muzzammil sebagai surah tema dengan misi “Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.” Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan kecintaan
terhadap Al-Quran serta menggalakkan penglibatan warga IKBN Seri Iskandar dalam aktiviti yang memberi pengisian rohani
dan nilai positif.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#ProgramWorldQuranHour
#PerpustakaanIKBNSI
#ikbnseriiskandar
#TeamILKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
