MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUP PROGRAM IHYA’ RAMADAN PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR 1447H/2026M.

    Seri Iskandar, 16 Mac 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Program Ihya’ Ramadan peringkat institut yang berlangsung di Surau Ibnu Sina, melibatkan penyertaan seluruh pelajar beragama Islam.

    Program yang berlangsung selama satu hari ini dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha Perdana, diikuti Kuiz Ihya’ Ramadan serta Program Tadarus Perdana. Majlis Khatam Al-Quran kemudiannya diadakan sejurus selesai solat Zohor berjemaah, dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Firdaus bin Md Salleh.

    Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar, Encik Farizul Arizal bin Abd Rahman. Turut hadir, YM Ts. Raja Muadzam Shah bin Raja Mohd Noor, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan serta Encik Mohd Halifi bin Ab Hamid, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar.

    Dalam majlis yang sama, turut diadakan pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Tulisan Khat sempena World Quran Hour anjuran Perpustakaan IKBN Seri Iskandar serta Pertandingan Kuiz Ihya’ Ramadan. Penghargaan turut diberikan kepada imam dan bilal yang bertugas sepanjang bulan Ramadan, di samping penyampaian cenderahati kepada para pelajar sempena khatam Al-Quran.

    Majlis diakhiri dengan pengagihan bubur lambuk kepada para pelajar serta agensi sekitar Seri Iskandar sebagai simbolik semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam bulan Ramadan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional TerunggulT
    #ProgramIhyaRamadan2026
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.