KURSUS PELUPUSAN REKOD DAN PENGURUSAN FAIL

    KURSUS PELUPUSAN REKOD DAN PENGURUSAN FAIL

    SERI ISKANDAR, 16 Oktober 2025 -  Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan Kursus Pelupusan Rekod Dan Pengurusan Fail 14 Oktober 2025 hinga 15 Oktober 2025 (Selasa - Rabu). Seramai 40 peserta orang dari setiap Jabatan/ Bahagian/ Unit IKBNSI telah menghadiri kursus tersebut. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Heikal bin Mokhtar, Pembantu Arkib Kanan S2 dan Encik Saifurnizam Bin Ya’akob, Pegawai Arkib S9 dari Arkib Negara Malaysia Negeri Perak.

    Objektif kursus bertujuan untuk memahami dan mengaplikasi konsep dan proses yang betul bagi pelupusan rekod  dan pengurusan fail dengan mematuhi prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Arkib Negara Malaysia. Selain itu, memahami dan mengaplikasi jenis borang dan tatacara pengisian borang pelupusan fail dan pengurusan fail dengan betul.

    Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat memberi pengetahuan asas dan kemahiran praktikal kepada peserta dalammengurus, menyimpan, dan melupuskan rekod  serta fail dengan cara yang sistematik dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

    #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #ilkbs #ikbnseriiskandar #ikbnsicemerlang #bhepikbnsip #tvetmalaysia #tvetperak #masadepankemahiran #transformasipendidikan #talentperak #mpbnperak 

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.