SERI ISKANDAR, 19 OGOS 2026 – Jabatan Pengajian Umum (JPU), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menganjurkan Pertandingan Spelling Bee bertempat di Dewan Dato' Maharajalela, IKBN Seri Iskandar pada 19 Ogos 2026.
Pertandingan ini melibatkan penyertaan 56 orang pelajar yang mewakili tujuh kumpulan daripada pelbagai kursus, merangkumi pelajar Semester 1 hingga Semester 4. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Pertandingan berlangsung dalam suasana yang meriah dan kompetitif apabila para peserta diuji melalui beberapa pusingan ejaan perkataan Bahasa Inggeris dengan tahap kesukaran yang berbeza. Para peserta perlu memberikan ejaan yang tepat berdasarkan perkataan yang disebut oleh juri dalam tempoh yang ditetapkan.
Hasil pertandingan menyaksikan Kursus Multimedia Pengarangan Semester 2 muncul sebagai Johan, diikuti Kursus Elektronik Industri Semester 4 sebagai Naib Johan, manakala Kursus Elektronik Industri Semester 3 berjaya menduduki tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan khususnya para pemenang Pertandingan Spelling Bee 2026!
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Teruggul.
#SpellingBee
#ikbnseriiskandar
#TeamKBS
#TeamILKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
