- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 2
PERTANDINGAN TULISAN KHAT SEMPENA PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2026.
Seri Iskandar, 11 Mac 2026 – Perpustakaan IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan Pertandingan Tulisan Khat sempena Program World #QuranHour 2026 yang melibatkan penyertaan seramai 10 orang pelajar.
Pertandingan ini diadakan bagi menggalakkan pelajar menghayati keindahan seni khat di samping menyemarakkan semangat mendekati dan memahami Al-Quran. Para peserta menunjukkan kreativiti serta ketelitian dalam menghasilkan tulisan khatyang kemas dan menarik.
Program ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat seni penulisan khat serta memupuk minat terhadap seni warisan Islam dalam kalangan warga IKBN Seri Iskandar.Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat terus menyemai kecintaan terhadap Al-Quran serta menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang bermanfaat.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#ProgramWorldQuranHour
#PerpustakaanIKBNSI
#ikbnseriiskandar
#TeamILKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
