PROGRAM MICROSOFT ELEVATE: AI TEACHING POWER SIRI 3

    PROGRAM MICROSOFT ELEVATE: AI TEACHING POWER SIRI 3

    SERI ISKANDAR, 10 Mac 2026 – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Microsoft Malaysia, Biji-Biji dan Mereka Academy telah melaksanakan Program Microsoft Elevate: AI Teaching Power Siri 3 yang melibatkan penyertaan 28 orang kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) termasuk Tuan Pengarah IKBNSI, Encik Farizul Arizal bin Abd. Rahman.

    Program ini bertujuan memperkasa kemahiran pengajar dalam memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi semasa. 

    Sesi program telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom dan diselaraskan dari Makmal Fiber Optik, Jabatan Teknologi Rangkaian Komputer & Multimedia (JTRM), IKBNSI.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #aiteachingpower
    #ikbnseriiskandar
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.