- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 121
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR TAHUN 2025 BERLANGSUNG MERIAH
SERI ISKANDAR, 10 Oktober 2025 - beberapa acara telah berlangsung bersempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat IKBN Seri Iskandar Tahun 2025 bertempat di Dewan Dato Maharajalela dengan meriahnya bertemakan 'Malaysia Aktif'.Penganjuran Hari Sukan Negara ini telah mencapai sedekad penganjurannya sehingga kini bagi mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas seterusnya menyokong hasrat menjadikan Malaysia sebuah “negara bersukan”.
Pelaksanaan aktiviti Hari Sukan Negera telah melibatkan acara Bola Jaring Lelaki, Sepakan Penalti Wanita, Mobile Legend, Carrom Double Terbuka dan Ping pong Double Terbuka. Encik Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor, Timbalan Pengarah Latihan, IKBN Seri Iskandar hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah. Turut hadir sama Encik Mohd Halifi Bin Ab Hamid, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Puan Nor Hazalina Binti Noraini, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jabatan IKBN Seri Iskandar yang telah menyemarakkan semangat Hari Sukan Negara pada tahun ini. Penganjuran kali ini telah dikelola oleh Encik Tajul Ridwan Bin Abu bakar, Unit Sukan bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI #MADANIBekerja #ilkbs #ikbnseriiskandar #ikbnsicemerlang #bhepikbnsip #tvetmalaysia #tvetperak #masadepankemahiran #transformasipendidikan #talentperak #mpbnperak #HSN
