- Muhamad Akram bin Mazalan
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 9
AYUH MUHAMMAD FARRIS & A’ZIM! WARGA IKBN TANAH MERAH BERSAMA ANDA!
Seluruh warga IKBN Tanah Merah mendoakan kejayaan dan memberikan sokongan penuh kepada Muhammad Farris & A’zim, wakil IKBN Tanah Merah yang membawa cabaran dalam bidang Additive Manufacturing sempena Pertandingan ILKBS Skills 2026 di IKTBN Pagoh, Johor pada 27–29 Oktober 2026.
Inilah masanya untuk buktikan segala ilmu, kemahiran, kreativiti dan latihan yang telah dipelajari! 

Tidak kira sejauh mana cabaran yang menanti, ingatlah bahawa seluruh warga IKBN Tanah Merah berdiri teguh memberikan sokongan kepada anda! 
Berjuanglah dengan penuh keyakinan, semangat dan jiwa seorang juara. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang membanggakan.
IKBN TANAH MERAH — KAMI BERSAMA ANDA!
