IKBN Tanah Merah Cipta Sejarah di ILKBS Y-Roboc Challenge 2026

    IKBN Tanah Merah Cipta Sejarah di ILKBS Y-Roboc Challenge 2026

    Pasukan Robotik IKBN Tanah Merah terus mengorak langkah apabila berjaya mencipta sejarah dengan meraih 3rd Runner Up bagi kategori Soccer Robot dalam ILKBS Y-Roboc Challenge 2026 yang berlangsung di IKTBN Bukit Mertajam pada 3 hingga 5 Julai 2026.
    Pertandingan yang menghimpunkan pasukan-pasukan robotik daripada institusi awam dan swasta di seluruh negara itu mempertandingkan empat kategori, manakala IKBN Tanah Merah mengambil bahagian dalam dua kategori iaitu Tower Conquer dan Soccer Robot. Sebanyak 32 pasukan telah berentap dalam kategori Soccer Robot, menjadikan kejayaan ini satu pencapaian yang amat membanggakan.
    Penyertaan kali kedua IKBN Tanah Merah membuktikan peningkatan yang memberangsangkan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok terbaik pertandingan. Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, latihan berterusan, komitmen tinggi serta semangat kerja berpasukan yang utuh antara tenaga pengajar dan para pelajar.
    Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan serta menyuntik inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang robotik, inovasi dan teknologi selaras dengan aspirasi TVET negara.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.