- @kram
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 6
LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KE IKBN TANAH MERAH
IKBN Tanah Merah telah menerima Lawatan Kerja Rasmi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail. Antara pengisian lawatan ialah lawatan ke Bengkel Fesyen dan Pakaian, Bengkel Mekanikal dan Bengkel Elektrik serta sesi Bicara Inspirasi yang turut dihadiri oleh En. Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan; En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; serta En. Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah IKTBN Bachok.
Dalam sesi tersebut, Dato’ Rahimi bin Ismail menekankan pelaksanaan TVET 2.0 sebagai usaha memperkukuh pendidikan dan latihan kemahiran negara. Beliau turut menggalakkan pelajar memberi fokus kepada TVET Keusahawanan, memupuk minat terhadap pembelajaran serta membentuk sifat kepimpinan sejak awal sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.
Program diteruskan dengan sesi soal jawab bersama pelajar yang berlangsung secara interaktif, sekali gus memberi peluang kepada mereka mendapatkan penjelasan berkaitan TVET, pembangunan kerjaya dan keusahawanan. Secara keseluruhannya, sesi ini berjaya memberi motivasi dan inspirasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran.
