- Muhamad Akram bin Mazalan
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 177
IKBN Tanah Merah x Tabung Haji: Celik Kewangan & Berjiwa Haji!
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah hari ini menerima kunjungan istimewa daripada Lembaga Tabung Haji (TH) melalui Kempen TH Gerak!
Tujuan utama — memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan menabung dan kemudahan digital TH seperti THiJARI 

Sambutan sangat menggalakkan! Ramai pelajar mengambil peluang membuka akaun baharu dan belajar cara urus kewangan secara bijak sejak awal.
Terima kasih kepada Pejabat Tabung Haji Tanah Merah atas perkongsian ilmu dan inspirasi buat warga IKBN!
