- Muhamad Akram bin Mazalan
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 133
PERTANDINGAN KECERIAAN ASRAMA IKBN TANAH MERAH TAHUN 2025
IKBN Tanah Merah telah melaksanakan Pertandingan Keceriaan Asrama Tahun 2025 bagi meningkatkan kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik pelajar. Penilaian dibuat sepanjang tahun melibatkan semua blok asrama.
Aspek yang dinilai merangkumi kebersihan, susunan bilik, kreativiti dekorasi dan pematuhan peraturan.
Program ini diadakan bagi memupuk budaya hidup bersih, teratur dan ceria dalam kalangan pelajar serta mewujudkan persekitaran asrama yang lebih kondusif.
