- Muhamad Akram bin Mazalan
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 137
PROGRAM KHIDMAT MENJAHIT LANGSIR SURAU SMK LADANG KERILLA
Program Khidmat Menjahit Langsir Surau SMK Ladang Kerilla telah siap dilaksanakan susulan permohonan rasmi daripada pihak sekolah yang sedang menjalankan proses penambahbaikan surau. Bagi tujuan tersebut, pelajar Kursus Sijil Pakaian Wanita IKBN Tanah Merah telah diberi tanggungjawab untuk membantu memasang langsir baharu yang telah siap dijahit bagi kegunaan surau SMK Ladang Kerilla.
Program ini selaras dengan aspirasi IKBN untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mahir dari segi teknikal, tetapi juga mempunyai semangat kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap komuniti. Seramai 19 orang pelajar Semester 3 dan Semester 4 telah terlibat menjahit langsir dan hanya 4 orang pelajar sahaja yang terlibat dengan penyerahan dan pemasangan langsir kpd sekolah dihadiri oleh wakil pengajar dari Jabatan Fesyen dan Pakaian , IKBN Tanah Merah iaitu Puan Zana binti Yusoff dan Puan Nur Amira Liyana binti Mohd Aidid. Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran jahitan dalam situasi sebenar, di samping membantu pihak sekolah menyediakan kemudahan surau yang lebih selesa dan menarik. Inisiatif ini juga berjaya memupuk nilai tanggungjawab sosial serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara IKBN Tanah Merah dan komuniti sekolah setempat.
