🤝 MEMETERAI SINERGI, MEMACU KECEMERLANGAN TVET DAN INDUSTRI 🤝

    🤝 MEMETERAI SINERGI, MEMACU KECEMERLANGAN TVET DAN INDUSTRI 🤝

    IKBN Tanah Merah hari ini melakar satu lagi kejayaan penting apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga rakan industri strategik iaitu TZA Aiman Maju Sdn. Bhd., Ads Print Creative Sdn. Bhd. dan Riang Jaya Trading.
    Majlis ini diserikan dengan kehadiran Encik Tengku Muhammad Aziri Aiman bin Engku Azmi, Pengarah TZA Aiman Maju Sdn. Bhd., Encik Muhd Harith bin Ghazali, Pengarah Ads Print Creative Sdn. Bhd., serta Puan Norkhairanizan binti Che Mohd Khan, Pengarah Urusan Riang Jaya Trading, yang disambut mesra oleh Pengarah serta warga IKBN Tanah Merah.
    Majlis dimulakan dengan gimik pelancaran yang kreatif, menggabungkan elemen daripada bidang Elektrik, Mekanikal (Rekabentuk Produk Industri) serta Fesyen dan Pakaian. Gimik ini bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan kesepaduan antara institusi TVET dan industri dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
    Dalam ucapan aluannya, Pengarah IKBN Tanah Merah menzahirkan penghargaan kepada ketiga-tiga syarikat atas kepercayaan yang diberikan kepada IKBN Tanah Merah sebagai rakan strategik. Beliau berharap kerjasama ini akan terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif seperti latihan industri, perkongsian kepakaran, pembangunan kurikulum dan peluang pekerjaan demi melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Kelantan dan negara.
    Turut mencuri perhatian ialah tayangan montaj profil syarikat, yang membuka perspektif para pelajar terhadap dunia industri, perkembangan teknologi serta peluang kerjaya yang menanti mereka selepas tamat pengajian.
    Semoga jalinan strategik ini menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan TVET yang lebih kompeten, inovatif dan memenuhi kehendak industri.
    IKBN Tanah Merah × Industri = Melahirkan Graduan Berkualiti, Memacu Masa Depan Negara. 💪



    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.