MINGGU PARADIGMA SESI 2/2026 IKBN TANAH MERAH

    Tanah Merah, Kelantan
    Minggu Paradigma Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah telah dilaksanakan kepada
    Pelajar baharu dalam bidang Rekabentuk Produk Industri (SMI03) Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 telah mengikuti kesemua pengisian Minggu Paradigma yang dilaksanakan selama 6 hari dengan jayanya. Pelbagai pengisian telah dilaksanakan mengikut panduan yang telah digariskan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia KBS antaranya taklimat peraturan dan tatatertib, slot bersama dengan Bahagian Pengurusan Latihan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Interaksi Bersama MPP dan juga tidak ketinggalan elemen disiplin iaitu latihan kawad setiap pagi dan elemen kecergasan iaitu sesi sukan dan rekreasi setiap petang. Selain itu juga, IKBN Tanah Merah amat berterima kasih kepada agensi luar yang telah dijemput untuk berkerjasama dalam menjayakan Minggu Paradigma kali ini iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) kerana sudi turut serta dan menyampaikan perkongsian ilmu kepada para peserta.
    Semoga objektif dan hala tuju program ini dapat dicapai dan seterusnya menjadi platform pertama para pelajar baharu mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dengan pelajar sedia ada dan warga IKBN Tanah Merah.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.