- Muhamad Akram bin Mazalan
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 19
MENTERI BELIA DAN SUKAN SEMPAT KUNJUNGI RERUAI INTERAKTIF IKBN TANAH MERAH
TEMERLOH, 17 Ogos 2026 – Menteri Belia dan Sukan, YB. Dr. Taufiq bin Johari telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke reruai pameran interaktif IKBN Tanah Merah sempena Program Jelajah TVET ILKBS Zon Timur dan Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities 2026 (IDEA’26) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang.
Kunjungan tersebut disambut oleh Pengarah IKBN Tanah Merah, Encik Mohd Izwandy bin Ismail yang turut memberikan penerangan berkaitan pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan kepada golongan belia. Penerangan merangkumi bidang-bidang TVET yang berorientasikan keperluan industri serta peluang kerjaya selepas tamat pengajian.
Lawatan ini mencerminkan sokongan berterusan Kementerian Belia dan Sukan terhadap agenda memperkasa TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya pilihan utama belia. Reruai interaktif IKBN Tanah Merah turut menjadi platform penting dalam mendekatkan masyarakat dengan peluang pendidikan kemahiran yang mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan kompeten.
