- Muhamad Akram bin Mazalan
- IKBN Tanah Merah
- Hits: 6
PROGRAM RAKAN MAHIR: FUTURE YOUTH SKILLS 2026 KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK UNTUK RUMAH PINTAR (SMART HOME)
28 hingga 30 Julai 2026
8.30 pagi - 04.30 petang
Bengkel Pendawaian A1, IKBN Tanah Merah
Seramai 20 orang belia telah menyertai Program Future Youth Skill 2026: Pendawaian Elektrik untuk Rumah Pintar (Smart Home) yang dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Elektrik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang teknologi Rumah Pintar (Smart Home) yang mengaplikasikan platform Arduino dan Internet of Things (IoT). Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pembelajaran secara teori dan amali bagi membolehkan mereka memahami konsep automasi rumah serta membina sistem kawalan pintar yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasakan pengetahuan dan kemahiran belia selaras dengan teknologi semasa dan seterusnya menyokong agenda pembangunan negara ke arah pendigitalan dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
