TEMUDUGA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IKBN TANAH MERAH SESI 2025/2026

    Sesi temuduga bagi pemilihan 6 jawatan tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Tanah Merah Sesi 2025/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
    Temuduga ini bertujuan menilai ciri kepimpinan, kemahiran komunikasi serta komitmen calon dalam menerajui kepimpinan pelajar. Jawatan yang terlibat ialah Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari.
    Para calon menunjukkan keyakinan dan kesungguhan sepanjang sesi temuduga yang dikendalikan oleh panel penemuduga daripada pihak pengurusan IKBN Tanah Merah.
    Pihak institusi merakamkan penghargaan kepada semua calon yang terlibat dan berharap barisan MPP yang bakal dipilih dapat menjalankan amanah dengan cemerlang.
    Keputusan rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat.

    IKBN Tanah Merah
    Jalan Bukit Panau, Tanah Merah, 
    Kelantan, Malaysia

    No Tel : +60 9-950 9900
    No Fax: +60 9-950 9988
    Email   : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.