Audit EKSA-DIY di IKSN

    Audit EKSA-DIY di IKSN

    KUALA LANGAT - Institut Kemahiran Sukan Negara menerima lawatan Audit Dalaman EKSA-DIY oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menilai pelaksanaan amalan kondusif di institut berkenaan.

    Audit tersebut diketuai En Warawit a/l Etam bersama Pn Maisyarah Binti Mohd Noor dan Pn Nur Hidayah Binti Ramli bagi memastikan pematuhan standard ditetapkan.

    Penilaian itu bertujuan mengenal pasti kekuatan sedia ada serta cadangan penambahbaikan demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan EKSA secara menyeluruh.

    Pelaksanaan EKSA-DIY di institut berkenaan merangkumi enam zon utama iaitu Zon Musytari, Zon Utarid, Zon Zuhal, Zon Uranus, Zon Marikh dan Zon Neptun.

    Sepanjang 2025, pelbagai program dilaksanakan termasuk Gotong-royong Perdana, Program 3R, jualan minyak masak terpakai serta lawatan penandaarasan ke beberapa ILKSB.

    Hasil audit mendapati tahap amalan EKSA berada pada kategori Cemerlang sekali gus membuktikan komitmen tinggi seluruh warga institut. Bagaimanapun, pasukan juruaudit mengemukakan beberapa cadangan khusus berkaitan aspek keselamatan zon untuk tindakan susulan dan pengesahan semula.

    Pengarah institut, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, merakamkan penghargaan atas teguran membina dan menegaskan usaha berterusan sejajar slogan EKSA, “Suasana Kerja Kondusif Melahirkan Perkhidmatan Cemerlang”.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    MADANIBekerja
    RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.