PUTRAJAYA - Majlis Perpisahan Cik Azian binti Yahya diadakan bagi menghargai jasa beliau yang berkhidmat di Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) sejak 2016 sebagai Pembantu Pustakawan.
Sepanjang tempoh sedekad itu, beliau menyumbang bakti dalam pengurusan perpustakaan IKSN serta memperkukuh kelancaran operasi institut.
Dalam majlis tersebut, Pengarah IKSN Ts. Mohd Azmi bin Pelah menyampaikan ucapan penghargaan serta kata semangat dan mendoakan kejayaan beliau di tempat baharu.
Beliau menegaskan dedikasi serta komitmen Cik Azian menjadi contoh kepada warga institut dan memberi impak positif kepada pembangunan organisasi.
Seterusnya, Cik Azian menyampaikan ucapan terakhir yang penuh semangat dan sedikit beremosi apabila mengenang kenangan sepanjang berkhidmat di institut tercinta.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati daripada setiap jabatan serta bahagian sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau.
Semoga Cik Azian terus melakar kejayaan, diberikan kesihatan dan kekuatan dalam menggalas amanah baharu serta mengingati keluarga besar IKSN yang sentiasa mendoakan kejayaan anda.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamIKSN
#TeamILKBS
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#TVETMalaysia
MalaysiaMadani
#TeamILKBS
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#TVETMalaysia
MalaysiaMadani
MADANIBekerja
RancakkanMADANI
RancakkanMADANI
