- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 17
DARI MALAYSIA KE CHINA : IKSN BAWA WACANA TVET KE FORUM ANTARABANGSA
Bandar Baru Bangi - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), telah mewakili perspektif kementerian dalam 3rd Malaysia-China International Industry-Education Cooperation Forum & 5th Malaysia-China Vocational Education Fair 2026 yang berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor bersempena Hari TVET Negara 2026.
Forum ini membawa tema “Future Talent, Global Impact” dan dianjurkan sebagai platform strategik untuk memperkukuh kerjasama Malaysia-China dalam TVET, pembangunan bakat, kerjasama industri, pemindahan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.
Dalam forum tersebut, Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi Mohd Fuzi, Ketua Jabatan Teknologi Awam IKSN, telah dijemput sebagai Panel Pertama bagi Sesi 3: “Beyond Borders: Talent Mobility, Technology Transfer & Career Pathways” yang memberi fokus kepada isu tenaga mahir global, mobiliti bakat, pendedahan antarabangsa, pemindahan teknologi, kebolehkerjaan global serta kerjasama strategik Malaysia-China.
Sesi ketiga forum ini dikendalikan oleh Saudara Muhammad Syahmi Shamsudin, Penolong Setiausaha Agung, Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai moderator, bersama dalam barisan panel seperti En. Hilmy Haji Hussain, Chief Coordinator, Johor Talent Development Council (JTDC); Mr. Vincent Que Haitao, Chief Executive Officer, China Global Professional and Technical Certification Centre (CGPTC), China; Mr. Huang Yan, Principal, Liuzhou Transportation School, China; dan Mr. Qiu Leiming, Vice Principal, Zhejiang Institute of Economics and Trade, China.
Penyertaan IKSN dalam sesi ini membawa sumbangan penting dari sudut pembangunan bakat rentas sempadan, memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa, memperluas mobiliti bakat dan mempertingkat perkongsian kepakaran dalam bidang TVET.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
