PASUKAN DRONE SOCCER IKSN MEMULAKAN PERTANDINGAN DENGAN MEYAKINKAN

    PASUKAN DRONE SOCCER IKSN MEMULAKAN PERTANDINGAN DENGAN MEYAKINKAN

    PUTRAJAYA - Pasukan Drone Soccer Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) “Black Barrier” berjaya mendapat tempat ke-4 dan ke-6 pada Pertandingan TVET Drone Soccer League 2026 Series 1 sempena sambutan Hari TVET Negara 2026 yang disempurnakan pelancarannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Berikut merupakan pencapaian pasukan-pasukan Drone Soccer IKSN pada pertandingan kali ini.

    IKSN Black Barrier 1 (Tempat Ke-4)
    Striker : Muhammad Norman Hasyrique Bin Lokman
    Defender : Alif Faizuddin Bin Mohd Zaidi

    IKSN Black Barrier 2 (Tempat Ke-6)
    Striker : Muhammad Afiq Bin Hamdan
    Defender : Moganemathiy a/l Ponnuthurai

    Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Kedua-dua pasukan IKSN ini telah dilatih oleh pengajar bidang Multimedia Interaktif, Puan Nor Azlin Binti Sumiran dan pengajar bidang Fotografi, Encik Mohd Hatim Bin Mazlan.

    Apa yang lebih membanggakan adalah kedua-dua peserta dari pasukan IKSN Black Barrier 2 merupakan peserta baru yang pertama kali menyertai pertandingan Drone Soccer, namun berjaya mempamerkan prestasi baik yang mengejutkan ramai pihak.

    Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Puan Chan Hong Jin diiringi Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), turut hadir memberi sokongan kepada Team Drone Soccer IKSN.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.