PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Sukan, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah mengambil bahagian secara aktif sempena Hari Terbuka Putrajaya 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 29 hingga 30 Januari 2026.
Penyertaan ini melibatkan pegawai serta pelajar dari Jabatan Perkhidmatan Sukan yang telah menawarkan perkhidmatan urutan sukan kepada para pengunjung.
Program ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada pelajar selain mempromosikan kepakaran dan kemahiran yang ditawarkan oleh IKSN Kuala Langat kepada masyarakat umum.
Sepanjang program berlangsung, perkhidmatan urutan sukan yang dikendalikan oleh pelajar di bawah pemantauan pegawai yang terlibat telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Pengunjung bukan sahaja berpeluang merasai rawatan urutan sukan, malah turut diberi penerangan berkaitan bidang perkhidmatan sukan.
Penyertaan Jabatan Perkhidmatan Sukan IKSN Kuala Langat dalam Hari Terbuka Putrajaya 2026 ini sejajar dengan usaha memperkukuh hubungan institusi latihan kemahiran dengan komuniti serta mempromosikan pendidikan dan perkhidmatan sukan kepada masyarakat umum.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
MADANIBekerja RancakkanMADANI
