BANTING - Exco Kerohanian MPP IKSN bersama Rakan Belia YADIM dan Surau Al-Imam Asy-Syafie telah mengadakan Bacaan Yasin dan Tahlil khusus kepada Allahyarham Muhammad Yunus bin Ibrahim, ayah mertua kepada Encik Azaq bin Abdul Hamid, Pengajar Jabatan Teknologi Sukan Permotoran. Ia turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan serta pelajar IKSN.
Takziah diucapkan kepada Encik Azaq bin Abdul Hamid sekeluarga atas kehilangan arwah ayah mertua semalam. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa, dilapangkan kubur serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Allāhumma’ghfirlahu warḥamhu wa ‘āfihi wa‘fu ‘anhu.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
MADANIBekerja RancakkanMADANI
