- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 10
IKSN JUARA PERTANDINGAN DRONE SOCCER SEMPENA EKSPO TVET@KKDW 2026
Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Drone Soccer sempena EKSPO TVET@KKDW 2026 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Oktober 2026 di perkarangan Stadium Sungai Besar, Selangor.
Pasukan IKSN mempamerkan aksi cemerlang apabila memenangi kesemua perlawanan sekali gus mengungguli pertandingan yang melibatkan penyertaan 15 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), antaranya GIATMARA, ADTEC, KEDA, PERDA-TECH dan GMI.
Pasukan IKSN diwakili oleh Muhammad Afiq bin Hamdan (Striker), Moganemathiy a/l Ponnuthurai (Defender) dan Mohamad Haikal Daniel bin Maskuri (Teknikal), di bawah bimbingan Mohd Hatim bin Mazlan dan Nor Azlin binti Sumiran selaku jurulatih serta pengurus pasukan.
EKSPO TVET@KKDW 2026 telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang turut meluangkan masa menyaksikan aksi pasukan Drone Soccer IKSN. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pula disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBrs. Puan Chan Hong Jin serta Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Encik Mohd Sukri bin Ismail.
Kejayaan ini membuktikan keupayaan pelajar IKSN menguasai teknologi dron, kemahiran teknikal dan strategi berpasukan, sekali gus mengharumkan nama institut serta memperkukuh kecemerlangan TVET dalam bidang teknologi sukan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
