IKSN PERKUKUH HALA TUJU JABATAN TEKNOLOGI SUKAN GOLF MENERUSI LAWATAN DAN PERBINCANGAN STRATEGIK

    IKSN PERKUKUH HALA TUJU JABATAN TEKNOLOGI SUKAN GOLF MENERUSI LAWATAN DAN PERBINCANGAN STRATEGIK

    BUKIT KIARA, 14 Oktober 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan strategik bagi memperkukuh hala tuju pengurusan serta pelaksanaan latihan Jabatan Teknologi Sukan Golf bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

    Lawatan ini diketuai oleh Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, bersama Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Ketua Cawangan Hubungan Industri, Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti, pegawai Bahagian Pentadbiran serta pegawai-pegawai Jabatan Teknologi Sukan Golf.

    Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan dan pentadbiran jabatan, penyelarasan operasi serta keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Perbincangan turut membuka ruang kepada pegawai terlibat untuk berkongsi pandangan, mengenal pasti cabaran serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh kualiti latihan.

    Melalui inisiatif ini, IKSN komited untuk memastikan pengurusan Jabatan Teknologi Sukan Golf terus diperkasakan secara sistematik dan berkesan, selaras dengan keperluan semasa industri sukan serta perkembangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

    Lawatan ini juga menjadi langkah proaktif IKSN dalam memperkukuh kecemerlangan latihan kemahiran sukan, sekali gus melahirkan tenaga mahir yang kompeten, profesional dan berdaya saing dalam industri golf negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.