KUALA LANGAT, 15 Oktober 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menganjurkan Bengkel Semakan dan Pembangunan Dokumen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) pada 14 hingga 15 Oktober 2026 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Kuala Langat.
Bengkel ini melibatkan seramai 25 orang pegawai IKSN yang dilantik sebagai jawatankuasa penggubal bagi membangunkan manual rasmi KKP sebagai panduan kepada seluruh warga IKSN dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah melaksanakan semakan dan penambahbaikan dokumen merangkumi dasar keselamatan, prosedur kerja selamat, penilaian risiko serta pelan tindakan kecemasan dengan bimbingan dan input teknikal daripada penceramah jemputan.
Penganjuran bengkel ini merupakan antara usaha berterusan IKSN dalam memperkukuh pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, di samping menyediakan asas pelaksanaan audit dalaman, latihan berkala serta penambahbaikan pengurusan KKP secara sistematik.
Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen IKSN dalam membudayakan amalan kerja selamat serta meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab seluruh warga institut terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
