- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 12
IKSN RAIH PENGIKTIRAFAN DALAM PERTANDINGAN VIDEO PENDEK MAULIDUR RASUL SAW KBS
PUTRAJAYA, 20 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) terus menyerlah apabila CLSR PRODUCTION daripada Bahagian Multimedia Interaktif berjaya meraih saguhati dalam Pertandingan Video Pendek Maulidur Rasul SAW Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Kejayaan ini membuktikan kreativiti serta keupayaan pelajar IKSN dalam menghasilkan karya digital yang bukan sahaja menarik dari sudut visual, malah berjaya menyampaikan mesej bermakna bersempena sambutan Maulidur Rasul SAW.
Karya yang dihasilkan turut mengetengahkan nilai kecintaan kepada Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah dan teladan terbaik dalam kehidupan umat Islam.
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Rai’dah Mohd Yaman, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS.
Majlis turut diserikan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood).
Tahniah diucapkan kepada CLSR PRODUCTION, Bahagian Multimedia Interaktif IKSN atas pencapaian ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi pemangkin kepada pelajar IKSN untuk terus berkarya, berinovasi dan menghasilkan kandungan kreatif yang berkualiti.
Sumber gambar : ILKBS
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
