KURSUS IKSN TINGKAT KEMAHIRAN PEGAWAI JKR URUS PERABOT ISTIADAT

    KURSUS IKSN TINGKAT KEMAHIRAN PEGAWAI JKR URUS PERABOT ISTIADAT

    BANTING, 20 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah menganjurkan Kursus Asas Pembaikan Perabot dan Kelengkapan Pejabat dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

    Kursus tersebut melibatkan penyertaan pegawai daripada Seksyen Kewangan, Aset & Stor Istiadat sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pembaikan, penjagaan serta penyelenggaraan perabot.

    Seksyen berkenaan turut bertanggungjawab menguruskan perabot-perabot istana yang berkualiti tinggi dan memerlukan kaedah penjagaan serta penyelenggaraan yang teliti dan bersesuaian.

    Sehubungan itu, peserta diberikan pendedahan secara teori dan amali berkaitan asas kerja perkayuan, kemasan kayu, prosedur keselamatan serta kaedah penyelenggaraan perabot.

    Antara pengisian utama kursus ialah Basic Knowledge Woodworking, Wood Finishing, Safety Procedure dan Furniture Maintenance yang disampaikan oleh tenaga pengajar berkemahiran IKSN.

    Sesi amali turut memberi peluang kepada peserta menggunakan peralatan serta kemudahan yang terdapat di Bengkel Pembuatan Perabot dan Hiasan Dalaman IKSN bagi mempraktikkan kemahiran yang dipelajari.

    Penganjuran kursus ini merupakan antara usaha IKSN dalam memperluaskan perkongsian kepakaran tenaga pengajar TVET ILKBS kepada agensi luar yang memerlukan latihan dan kemahiran teknikal dalam bidang berkaitan.

    Tahniah kepada Jabatan Teknologi Awam IKSN serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

    Diharapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat membantu pegawai JKR melaksanakan pengurusan, penjagaan dan penyelenggaraan perabot istana dengan lebih berkesan serta dapat dimanfaatkan dalam tugasan seharian.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.