IKSN RANGKUL PINGAT EMAS PEREKA 2026 DI BORNEO FESTIVAL OF IDEAS

    IKSN RANGKUL PINGAT EMAS PEREKA 2026 DI BORNEO FESTIVAL OF IDEAS

    KOTA KINABALU, 14 Oktober 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) terus melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya merangkul Pingat Emas menerusi projek inovasi BIM Auto-Checking e-Profiling System™ (BIMCheck Pro™) dalam Pertandingan Rekacipta (PEREKA) 2026 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

    Pertandingan yang berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober 2026 ini merupakan sebahagian daripada penganjuran Borneo Festival of Ideas (BFOI) 2026 bertemakan “Transforming Ideas Into Impact”, yang menghimpunkan penyelidik, inovator, ahli akademik serta pemain industri bagi mengetengahkan hasil penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi.

    Projek BIMCheck Pro™ yang dipertandingkan dalam kategori Engineering & Technology (EAT) telah diterajui dan dibentangkan oleh Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi dari Jabatan Teknologi Awam IKSN.

    Penganjuran PEREKA 2026 turut menjadi platform perkongsian ilmu, jaringan profesional dan peluang kolaborasi dalam memperkasakan pembangunan inovasi serta teknologi merentasi pelbagai bidang.

    Kejayaan ini membuktikan keupayaan tenaga pengajar IKSN dalam menghasilkan inovasi berasaskan teknologi dan penyelidikan gunaan, sekali gus memperkukuh kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat kebangsaan.

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ts. Dr. Mohd Fawwaz Najmi bin Mohd Fuzi atas pencapaian cemerlang ini yang bukan sahaja mengharumkan nama IKSN, malah membuktikan komitmen institusi dalam melahirkan warga TVET yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.