- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 48
KERJASAMA INDUSTRI PERKUKUH KUALITI PENILAIAN PROGRAM MOTORSPORTS IKSN
KUALA LANGAT - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah mengadakan Sesi Pengesahan dan Penyemakan Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Program Motorsports bagi Sesi 1/2026 dan Sesi 2/2026 bersama Panel Penasihat Industri sebagai langkah memastikan kualiti penilaian yang selaras dengan keperluan industri semasa.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Motorsports IKSN, Encik Mohd Anwar Siddiq Bin Abd. Jalil, dan turut melibatkan Panel Penasihat Industri, En. Arish Qutb Bin Ahmad Khan daripada Technical Advisory Committee (TAC), serta tenaga pengajar Program Motorsports IKSN iaitu Encik Tc. Mohd Shazly Farith Md. Ilias, Encik Norhisam Bin Kamarudzaman, Encik Azaq Bin Abdul Hamid dan Encik Hashim Bin Ibrahim.
Sepanjang sesi berlangsung, semakan dan pengesahan telah dilaksanakan terhadap kertas peperiksaan bagi komponen teori dan amali untuk enam (6) Competency Unit (CU) dalam Program Motorsports. Selain itu, struktur kurikulum program turut disemak dan disahkan bagi memastikan kandungan latihan kekal relevan, berkualiti serta memenuhi kehendak industri automotif dan sukan permotoran semasa.
Penglibatan Panel Penasihat Industri dalam proses semakan ini membuktikan komitmen IKSN dalam memastikan pelaksanaan program latihan berteraskan industri serta menghasilkan graduan yang kompeten, berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.
Program Motorsports Vehicle (4-Wheel) Preparation and Maintenance (G452-008-3:2020) merupakan antara program kemahiran yang ditawarkan oleh IKSN dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing serta memenuhi standard industri sukan permotoran negara.
IKSN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Panel Penasihat Industri serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sesi penyemakan dan pengesahan ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
