- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 43
PENGESAHAN SOALAN PEPERIKSAAN BIDANG TERAPI SUKAN
KUALA LANGAT - Satu sesi Technical Advisory Committee (TAC) bagi bidang Terapi Sukan telah berjaya di Jabatan Perkhidmatan Sukan yang melibatkan panel industri, Muhammad Aminul Fitri bin Marzuki bagi tujuan semakan dan pengesahan dokumen Bdp program.
Sesi ini memberi fokus kepada semakan kertas soalan Peperiksaan Akhir bagi subjek teras dan umum teknikal untuk memastikan kandungan penilaian selaras dengan kehendak industri, standard kompetensi semasa serta hasil pembelajaran program. Selain itu, panel turut meneliti aspek kesesuaian tahap soalan penyelarasan format peperiksaan mengikut keperluan akademik semasa.
Dalam sesi yang sama, pengesahan terhadap struktur kurikulum baharu program turut dibincangkan secara terperinci bagi pengunaan bermula sesi Julai 2026. Cadangan penambahbaikan struktur kurikulum telah diberikan bagi memastikan program Terapi Sukan terus relevan, kompetitif dan memenuhi keperluan industri.
Kerjasama dan pandangan profesional daripada Muhammad Aminul Fitri bin Marzuki amat dihargai dalam memperkukuhkan kualiti pembelajaran serta pembangunan program Terapi Sukan secara berterusan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
