- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 3
Lawatan Kunjungan Hormat Dan Kerjasama Strategik IKSN Ke MKA Group Sdn. Bhd.
PUCHONG - Telah berlangsung sesi Lawatan Kunjungan Hormat dan PELUANG JALIN KERJASAMA STRATERGIK dari Jabatan Teknologi Sukan Permotoran (JTSP) Institut Kemahiran Sukan Negara IKSN ke MKA GROUP Sdn. Bhd.
Delegasi IKSN diketuai oleh Ts. Muzri Affandi Jamaluddin (Motorsport), En. Mohammad Aizudin Saedon (Industrial Relation Div.) , En. Hashim Ibrahim (Motorsport), En. Muhallim Arshad dan En Mohamad Ali Ahamed masing-masing dari (Industrial Relation Div.) telah hadir sebagai wakil IKSN ke sesi perbincangan kali ini.
Manakala MKA Group telah disertai En. Alfred Lim (Product Management Director), En. Shahrizal (Technical Director), Pn. Nor Lina (Marketing & Communication Manager), En. Azaharee Mohd Hakimy (R&D Manager),
Pn. Mitchell dan En Darwisy (HR).
Perbincangan peringkat awal bertujuan mendapatkan pencalonan dari MKA Group sebagai Panel Pembangun NOSS Motorsport 2-roda (Industri), namun IKSN turut menyampaikan cadangan hasrat dan potensi kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak dan hasil yang diperolehi dari sesi perbincangan kali ini amat positif.
Pihak IKSN merakamkan setinggi penghargaan kepada MKA Group Sdn. Bhd. di atas kesudian menerima kunjungan sulung ini dan peluang untuk melanjutkan sesi perbincangan terhadap beberapa potensi kerjasama ke tahap yang lebih berfokus selepas ini. Semoga kerjasama ini menjadi satu langkah permulaan dalam menjalin kerjasama yang baik antara institusi latihan tvet ILKBS dan industri di masa akan datang.
#ILKBS
#TeamKBS
#TeknologiSukanPermotoran
#IKSN
#ProfessionalTerunggul
#TVETILKBS
#MalaysiaMADANI
