BANTING - Program Career Kick Starts anjuran Yayasan Raja Muda Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan pelajar IKSN Kuala Langat seramai 15 orang bertempat di Kolej Komuniti Kuala Langat.
Program ini bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan kerjaya dalam kalangan pelajar serta memberi pendedahan awal terhadap dunia pekerjaan sebenar. Antara pengisian utama ialah Career Workshop Strategic Initiative oleh PERKESO – Career Launchpad (CLP) yang memberi fokus kepada persediaan kebolehpasaran seperti penulisan resume, simulasi temuduga serta pendaftaran MYFutureJobs.
Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan penggunaan LMX Portal (Labour Market Exchange) yang membantu menghubungkan pelajar, majikan serta pihak akademik dalam ekosistem pasaran buruh.
Pada sesi petang, program diteruskan dengan Kelas Pengurusan Kewangan oleh TYMBA Education yang memberi penekanan kepada kepentingan pengurusan kewangan peribadi, perancangan bajet serta teknik mengawal aliran tunai.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta keyakinan pelajar dalam merancang masa depan kerjaya dan kewangan mereka dengan lebih teratur dan berdaya saing.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamIKSN
#TeamKBS
#TVETILKBS
#MalaysiaMadani
#ProfesionalTerunggul
