Lawatan Kunjungan Hormat Syarikat Matt Senam Meridian Physiotherapy Ke IKSN

    Lawatan Kunjungan Hormat Syarikat Matt Senam Meridian Physiotherapy Ke IKSN

    Kuala Langat - Satu lawatan kunjungan hormat telah diadakan oleh Syarikat Matt Senam Meridian Physiotherapy Centre (M) Sdn.Bhd yang beralamat di No 1A, Kompleks Sukan Dstar Arena, 68000 Ampang Selangor ke Institut Kemahiran Sukan Negara Kuala Langat diketuai oleh Dr. Mohd Ridzuan bin Bainan Hadi selaku Pengarah Urusan serta Puan Normila binti Osman serta dua (2) orang pelajar dari UPNM yang sedang menjalani latihan praktikal di syarikat tersebut.  

    Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenalpasti bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara pihak IKSN Kuala Langat serta pihak syarikat. Antara bentuk kerjasama yang dicadangkan ialah tawaran penempatan latihan industri bagi pelajar-pelajar IKSN dalam bidang Terapi Sukan, tawaran pelaksanaan pensijilan SKM dan DKM melalui kaedah PPT, perkongsian kepakaran bersama pelajar,sumbangan peralatan latihan , pembangunan bahan pembelajaran serta penglibatan dalam program-program anjuran IKSN dan KBS yang berkaitan.

    Pihak syarikat tiba di IKSN Kuala Langat sekitar jam 11.00 pagi. Lawatan dimulakan dengan kata alu-aluan oleh  En. Mohamad Aizuddin bin Sa'edon disertai dengan lawatan ke Bengkel Terapi Sukan. En Mohd Shahmil bin Mazeli menyampaikan sedikit taklimat berkenaan perjalanan program bidang Terapi Sukan kepada para pelawat.

    Mesyuarat dimulakan sekitar jam 11.40 pagi dengan alu-aluan oleh En.Bashirul Bin. Ismail serta pembentangan cadangan kerjasama IKSN-Matt Senam oleh En.Mohamad Ali bin Ahamed. Antara input menarik yang diperolehi melalui mesyuarat ini ialah kesediaan pihak syarikat untuk berkongsi pengalaman serta membimbing pelajar-pelajar terutama dalam bidang Terapi Sukan. Dr. Mohd Ridzuan bin Bainan Hadi juga memaklumkan bahawa beliau berpengalaman luas sebagai Professional Masseur serta pernah terlibat dalam pengendalian terapi bagi atlet-atlet sukan di Malaysia.

    Kedua-dua belah pihak telah bertukar-tukar pandangan berkenaan perkara-perkara yang terkait serta pelbagai input telah diperolehi oleh kedua-dua belah pihak.Pihak IKSN juga telah menyerahkan deraf perjanjian MOU kepada pihak syarikat untuk diperhalusi.

    Pihak syarikat mengambil positif akan lawatan tersebut dan menunjukkan minat untuk langkah seterusnya.Pihak syarikat komited untuk memberikan maklumbalas berkenaan pelaksanaan MOU tersebut.

    Sebelum bersurai, Dr. Mohd Ridzuan bin Bainan Hadi juga telah menunjukkan kemahiran demo akupuntur beliau yang sangat menakjubkan apabila model yang mengalami sakit lutut tersebut telah boleh melipat lutut beliau serta-merta setelah mendapat rawatan.

    Lawatan bersurai sekitar jam 1.00 petang.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamIKSN
    #TeamKBS
    #TVETILKBS
    #MalaysiaMadani
    #ProfesionalTerunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.