Majlis Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Bilangan 1/2026

    Majlis Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Bilangan 1/2026

    Banting - Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah Bilangan 1/2026 yang berlangsung di Dewan Ibnu Sina.

    Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor, diikuti dengan bacaan doa serta bacaan ikrar pelajar sebagai simbol komitmen terhadap disiplin dan tanggungjawab.

    Majlis diteruskan dengan ucapan amanat oleh Pengarah, Ts. Mohd Azmi Bin Pelah yang menekankan kepentingan disiplin, integriti serta kesungguhan pelajar dalam menuntut ilmu. Beliau turut mengingatkan pelajar agar sentiasa mematuhi peraturan serta menjauhi gejala negatif seperti buli, merokok dan pergaulan bebas.

    Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Puan Zuraidah Binti Yusoff bersama barisan pegawai Hal Ehwal Pelajar.

    Majlis turut diserikan dengan upacara penyampaian anugerah bagi tempoh Januari hingga April 2026, melibatkan tiga kategori iaitu Anugerah Kehadiran Surau Terbaik, Anugerah Bilik Asrama Terbaik serta Anugerah Peminjam Buku Terbanyak. Penyampaian anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang menunjukkan komitmen cemerlang dalam pelbagai aspek.

    Perhimpunan berakhir pada jam 8.00 pagi dengan harapan agar semua pelajar terus berusaha mencapai kecemerlangan serta menjadi individu yang berdisiplin dan berwawasan.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul
    #TeamIKSN
    #TeamKBS
    #TVETILKBS
    #MalaysiaMadani
    #ProfesionalTerunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.