Lawatan Sambil Belajar ke FINAS

    Lawatan Sambil Belajar ke FINAS

    Banting - Satu lawatan sambil belajar ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah berjalan dengan jayanya melibatkan pelajar semester 2 dan semester 3 dari Program Sijil lanjutan Teknologi Maklumat (Multimedia Interaktif). Seramai 52 orang pelajar beserta 5 orang tenaga pengajar bidang Multimedia Interaktif telah turut serta dalam lawatan tersebut yang diketuai oleh Ketua Jabatan Teknologi Multimedia, Institut Kemahiran Sukan Negara.  

    Dalam lawatan tersebut, para pelajar dan tenaga pengajar telah dibawa melawat ke beberapa fasiliti utama FINAS yang terletak di Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang Hulu kelang, Ampang, Selangor. Antaranya adalah Studio Mixstage 1 Dolby ATMOS, Studio Foley dan XR Studio Sound Stage. Beberapa sesi penerangan berkenaan teknologi dan peralatan multimedia telah disampaikan oleh pihak FINAS meliputi aspek audio, rakaman dan suntingan. Para pelajar dan tenaga pengajar yang terlibat juga telah berpeluang bersoal jawab dan saling bertukar pandangan dalam perkara melibatkan kepakaran, prospek dan hala tuju dalam bidang multimedia interaktif.

    Sesi lawatan yang bertujuan untuk memberi pendedahan industri kepada para pelajar tersebut memfokuskan kepada beberapa aspek antaranya pendedahan tempat kerja sebenar, jalinan kerjasama industry dan hala tuju kerjaya. Peluang melihat dengan lebih dekat teknologi dan fasiliti produksi terkini di industri terutama FINAS diharapkan mampu memotivasikan pelajar dalam terus memilih industri multimedia interaktif dalam kerjaya mahupun pendidikan tahap lebih tinggi di masa hadapan.    

    Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sesi lawatan tersebut. 

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #TeamIKSN
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #TVETMalaysia MalaysiaMadani

    MADANIBekerja RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.