Kursus Urutan Sukan Siri 1/2026 Perkasa Kemahiran Peserta ILKBS

    Kursus Urutan Sukan Siri 1/2026 Perkasa Kemahiran Peserta ILKBS

    BANTING - Kursus Urutan Sukan Siri 1/2026 di bawah Program Tabung Amanah ILKBS 2026 dilaksanakan pada 7 dan 8 Februari 2026 di Institut Kemahiran Sukan Negara.

    Program ini menghimpunkan seramai 20 peserta terdiri daripada 15 lelaki dan lima wanita yang mengikuti latihan intensif sepanjang dua hari. Sepanjang kursus berlangsung, empat pengajar Bahagian Terapi Sukan IKSN membimbing peserta melalui sesi teori dan praktikal berkaitan teknik asas urutan sukan.

    Latihan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta dalam pengendalian rawatan sokongan kepada atlet sebelum dan selepas aktiviti fizikal.

    Melalui pendekatan pembelajaran berstruktur, peserta didedahkan kepada prosedur keselamatan, teknik manipulasi tisu lembut dan etika profesional terapi sukan.

    Penganjuran kursus ini membuktikan komitmen IKSN dalam memperkasa pembangunan kemahiran TVET sukan serta menyokong agenda peningkatan kompetensi tenaga kerja industri.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    MADANIBekerja
    RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.