- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 214
Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat Peperiksaan Sesi 2/2025
BANTING - Exco Kerohanian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat sempena Peperiksaan Akhir Sesi 2/2025.
Program dimulakan dengan solat Mangrib berjemaah disusuli dengan bacaan surah Yasin dan tahlil.
Juga diadakan doa kesyukuran sempena siap projek menaiktaraf Surau Al-Imam Asy-Syafie IKSN yang nyata memberikan keselesaan yang optimum kepada jemaah melaksanakan ibadah.
Majlis ilmu tersebut diakhiri dengan solat sunat hajat memohon agar peperiksaan akhir yang bakal menjelma dapat disudahi dengan keputusan yang positif.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
MADANIBekerja RancakkanMADANI
