Perhimpunan Bulanan Erat Silaturahim Warga IKSN

    Perhimpunan Bulanan Erat Silaturahim Warga IKSN

    KUALA LANGAT - Majlis Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) bagi suku keempat 2025 telah diadakan demi memperkukuh tadbir urus serta kebajikan warga institusi.

    Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKSN, Encik Bashirul bin Ismail yang menekankan komitmen berterusan terhadap kecemerlangan latihan dan penyampaian perkhidmatan.

    Program diserikan dengan simbolik penyerahan projek naik taraf Surau Asy-Syafie dan bilik mesyuarat oleh Tuan Haji Ibrahim bin Mohamad dari Syarikat Kejuruteraan Safi Al-Nur.

    Puan Sazlina binti Mat Said selaku Ketua Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan mengiringi wakil pengurusan IKSN menerima plak projek sebagai simbol penyerahan kerja yang telah disempurnakan dengan jayanya.

    Majlis turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Terbaik Bulanan bagi Oktober, November dan Disember 2025 kepada pegawai pelbagai jabatan atas prestasi cemerlang dan dedikasi berterusan.

    Antara penerima anugerah ialah Ts. Muzri Affandi Jamaluddin, Norhisam Kamarudzaman dan Tc. Mohd Shazly Farith Mohd Ilias dari Jabatan Sukan Permotoran.

    Turut menerima pengiktirafan ialah Muhammad Fariz Najmi Fauzi dari Jabatan Teknologi Awam serta Rafidah binti Saat dari Jabatan Teknologi Sukan.

    Bagi Cawangan Hal Ehwal Pelajar, anugerah diterima Hus Zaidi bin Shamsu Ariffin dan Sharifah Noraishah binti Syed Zulkhairi, manakala Azian binti Yahya serta Nor Hanifah Binti Sukardi mewakili Bahagian Pengurusan dan Kewangan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh Kelab KEKAL IKSN kepada kakitangan yang ditimpa musibah sebagai tanda prihatin dan sokongan kebajikan.

    Acara cabutan misteri turut diadakan sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturahim agar semangat ukhwah dalam kalangan pegawai dan kakitangan IKSN terus diperkukuh.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.