- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 26
MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKSN 2026 BERMULA
SEPANG, 21 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) memulakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKSN 2026 yang berlangsung pada 21 hingga 24 September 2026.
Majlis perasmian dan pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah, di Dewan Ibnu Sina, IKSN.
Program diteruskan dengan taklimat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang disampaikan oleh Ketua Unit Kebakaran dan Pengosongan Bangunan IKSN, En. Mohamad Aizuddin bin Sa’edon.
Latihan simulasi kebakaran turut dilaksanakan dengan penglibatan semua pegawai, kakitangan dan pelajar IKSN bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.
Latihan tersebut berjalan lancar dengan peserta mengikuti prosedur pengosongan bangunan serta bergerak ke kawasan berkumpul yang telah ditetapkan.
Pada sebelah petang, En. Mohd Shahmil bin Mazeli bersama pegawai Bahagian Terapi Sukan IKSN menyampaikan ceramah pertolongan cemas kepada warga IKSN.
Pengisian program memberi pendedahan mengenai tindakan awal ketika kecemasan serta pengetahuan asas pertolongan cemas sebelum bantuan lanjut diberikan.
Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKSN 2026 akan diteruskan esok dengan pengisian dan aktiviti yang telah dijadualkan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya | ILKBS Profesional Terunggul
