- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 31
MINGGU KKP IKSN 2026 PERKASA BUDAYA KERJA SELAMAT
KUALA LANGAT, 22 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menganjurkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) IKSN 2026 bermula 21 hingga 24 September 2026.
Program bertemakan “Safety is Everyone’s Business – Care | Prevent | Protect” ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran warga IKSN terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Aktiviti hari kedua dimulakan dengan latihan simulasi kebakaran yang dikendalikan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Banting melibatkan warga kerja serta pelajar IKSN.
Latihan tersebut memberi pendedahan mengenai tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan serta prosedur pengosongan bangunan secara teratur dan selamat.
Anggota bomba turut mengadakan demonstrasi penggunaan alat pemadam api sebelum warga IKSN diberi peluang menjalani latihan praktikal memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.
Pada sebelah petang, program diteruskan dengan kuiz dalam talian berkaitan keselamatan bagi menguji pengetahuan dan meningkatkan kefahaman peserta mengenai aspek KKP.
Usaha ini juga menjadi sebahagian daripada komitmen IKSN untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan sejahtera berteraskan prinsip “Fikir Selamat, Kerja Selamat, Pulang Selamat.”
Keselamatan tanggungjawab bersama, kejayaan milik kita!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
