- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 39
MINGGU KKP IKSN 2026 PERKASA BUDAYA KERJA SIHAT
KUALA LANGAT, 23 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) meneruskan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) IKSN 2026 yang berlangsung pada 21 hingga 24 September 2026.
Program bertemakan “Safety is Everyone’s Business – Care | Prevent | Protect” ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran warga IKSN terhadap kepentingan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja.
Aktiviti hari ketiga memberi tumpuan kepada Ujian Kecergasan Kakitangan menggunakan modul Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan bagi menilai tahap kecergasan fizikal warga IKSN.
Sebanyak tujuh komponen ujian dilaksanakan iaitu Beep Test, 4 x 10 Meter Shuttle Run, 1 Minute Sit Up, 1 Minute Push Up, Stork Stand Test, Sit & Reach serta Standing Long Jump.
Ujian tersebut merangkumi penilaian beberapa aspek kecergasan termasuk daya tahan kardiovaskular, ketangkasan, kekuatan dan daya tahan otot, keseimbangan, fleksibiliti serta kuasa eksplosif.
Pelajar IKSN turut menyertai aktiviti bersama kakitangan sekali gus memeriahkan program dan menggalakkan pembudayaan gaya hidup aktif dalam kalangan warga institut.
Pelaksanaan aktiviti ini selaras dengan usaha IKSN membudayakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kecergasan fizikal dalam kehidupan seharian.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#TeamILKBS #TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #TVETMalaysia MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
