- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 14
PENGAJAR IKSN SUMBANG KEPAKARAN DI SUKMA SELANGOR 2026
SHAH ALAM – Warga Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) turut menyumbang kepakaran dalam menjayakan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 menerusi penglibatan tenaga pengajarnya dalam aspek sokongan dan pemulihan atlet.
Temasya SUKMA Selangor 2026 berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026, manakala Para SUKMA 2026 pula dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 10 September 2026.
Pengajar Bidang Terapi Sukan IKSN, Arif Afandi bin Wisman Sikumbang, telah diberi tanggungjawab bertugas sebagai Certified Athletic Trainer dan Sports Masseur di Selangor Recovery Centre serta Akuatik Selangor, Shah Alam bagi memberikan khidmat kepada atlet pasukan Renang Selangor.
Sebagai Certified Athletic Trainer, beliau terlibat dalam membantu pengurusan kecederaan sukan, memberi rawatan awal, melakukan taping serta membantu memastikan keadaan fizikal atlet berada pada tahap yang sesuai sebelum dan selepas pertandingan.
Beliau turut menjalankan tugas sebagai Sports Masseur dengan memberikan rawatan urutan sukan bagi membantu mengurangkan ketegangan otot, mempercepat proses pemulihan serta membantu atlet mengekalkan tahap kesiapsiagaan fizikal sepanjang temasya berlangsung.
Penglibatan ini memperlihatkan kepakaran tenaga pengajar IKSN bukan sahaja dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran TVET, malah turut diaplikasikan secara langsung dalam persekitaran sukan prestasi tinggi di peringkat kebangsaan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#SUKMAXXII #SUKMA2026 #SUKMASELANGOR #IKSN #MalaysiaMADANI MADANIBekerja RancakkanMADANI
