- Nor Hanifah binti Sukardi
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 70
PELAJAR IKSN PEMBAHAS PERSIDANGAN MPBN TAHUN 2026
BANTING, 26 Ogos 2026 - IKSN telah menjadi pilihan Majlis Belia Daerah Kuala Langat untuk Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kuala Langat.
Persidangan ini dipengerusikan oleh YM Tengku Rohana binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah Kuala Langat. Turut serta adalah peserta dari agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, Penyelaras & ADUN Kuala Langat serta Persatuan- Persatuan Belia.
Majlis Perundingan Belia Negara Daerah Kuala Langat memfokuskan kepada isu-isu pembangunan dan keperluan belia setempat dimana pelaksanaannya adalah bagi menyokong kepada persidangan MPBN Peringkat Negeri dan Kebangsaan kelak.
Pada persidangan MPBN Peringkat Daerah Kuala Langat kali ini, beberapa perkara telah diusulkan dan dibahaskan antaranya :-
1. Kuota Petrol Budi Madani perlu ditingkatkan.
2. Peningkatan Dasar "Mengisi Perut Rakyat" melalui Bantuan Bersasar dan Inisiatif Jaminan Makanan
3. Pendidikan-Kewangan dan perluas TVET, dan
4. Pengukuhan Rakan Muda
Tiga orang pelajar IKSN dari Jurusan THD Semester 4 telah terlibat dalam persidangan kali ini iaitu Nayli Syazwina bt Abdul Muhaimin (Pembahas), Saidatul Adriana bt Khairul Nizam (Pencatat) dan Daniel Hakimi Arsyad bin Shashi ( Pelapor).
Saudari Nayli Syazwina telah membahaskan Usul ke-2, Peningkatan Dasar "Mengisi Perut Rakyat" Melalui Bantuan Bersasar Dan Inisiatif Jaminan Makanan.
Pembahas-pembahas lain yang turut terlibat ialah dari KVSAS, Politeknik Banting, ADUN Muda, ILP (ADTEC), Universiti MAHSA, GIATMARA, Hindu Youth Organisation HYO dan Persatuan Pandu Puteri.
Pegawai Daerah Kuala Langat merangkap Pengerusi MPBN Daerah Kuala Langat akan mengangkat usul-usul tersebut ke Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri seterusnya ke Peringkat Kebangsaan.
IKSN mengucapkan tahniah kepada 3 orang pelajar yang terlibat pada MPBN Peringkat Daerah Kuala Langat bagi tahun 2026.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
