- Dzulkifli Bujang
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 81
Pertandingan Inovasi Kitar Semula sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pelajar Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mencipta kejayaan membanggakan apabila sekali lagi muncul Johan Pertandingan Inovasi Kitar Semula peringkat negeri sempena Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di Universiti Poly-tech Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini menghimpunkan pelbagai penyertaan kreatif dan inovatif daripada institusi pendidikan sekitar, termasuk penyertaan aktif pelajar Jabatan Perkhidmatan Sukan Semester 3.
Pertandingan Inovasi yang bertemakan “Bahan Kitar Semula dan Barangan Terpakai” telah menyaksikan kreativiti luar biasa ditonjolkan oleh para peserta.
Pasukan inovasi dari Jabatan Perkhidmatan Sukan telah mempersembahkan ciptaan inovasi bertemakan “3R Herbs Stick”, iaitu produk mesra alam berasaskan konsep Reduce, Reuse, Recycle (3R) yang menggunakan bahan kitar semula sebagai medium utama.
Ciptaan ini bukan sahaja menekankan elemen kelestarian alam sekitar, malah menggabungkan manfaat herba dalam bentuk praktikal dan mudah digunakan.
Keunikan serta keberkesanan 3R Herbs Stick berjaya menarik perhatian juri, seterusnya menewaskan penyertaan lain untuk merangkul tempat pertama.
Kemenangan ini turut melayakkan pasukan inovasi tersebut untuk mewakili negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) ke Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul