- Dzulkifli Bujang
- IKSN Kuala Langat
- Hits: 59
Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025 Oleh YAB Perdana Menteri
Seramai 11 orang pelajar dari Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah hadir menyertai *MAJLIS AMANAT PERDANA HARI KEBANGSAAN 2025 OLEH YAB PERDANA MENTERI* bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.
Program ini bertujuan untuk menyampaikan amanat YAB Perdana Menteri kepada kumpulan berkepentingan serta ditujukan khas dalam usaha membangunkan negara di bawah kerangka Malaysia Madani.
Antara pengisian utama amanat YAB Perdana Menteri adalah kerajaan Madani tekad memerdekakan Malaysia dari penyelewengan dan rasuah. Isu membabitkan rakyat termasuk pendidikan, kesihatan dan harga barang selalu dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri. Oleh itu, rakyat seharusnya menghargai keamanan yang dinikmati dan banyak contoh negara yang telah hancur akibat dari perpecahan kaum.
Hadir sama ke program tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Penglibatan pelajar dalam program ini diharap dapat memupuk semangat cintakan negara, memahami erti kemerdekaan sebenar serta menghargai perit jerih pejuang kemerdekaan tanah air.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul