Pertandingan WSMB Bidang Cabinet Making Peringkat Akhir 2025

    Pertandingan WSMB Bidang Cabinet Making Peringkat Akhir 2025

    BANTING - Seramai dua orang wakil peserta Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2025 bidang Cabinet Making dari Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah bersaing di peringkat akhir yang berlangsung di Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC), Banting.

    Dua peserta yang mewakili IKSN ialah Adib Muzakkir bin Yahman dan Muhammad Adam Darwisy bin Hasmani. Penyertaan mereka di peringkat akhir ini membuktikan komitmen serta kesungguhan peserta dalam menguasai kemahiran teknikal, khususnya dalam bidang pembuatan kabinet.

    Sepanjang pertandingan ini, para peserta turut mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada barisan jurulatih IKSN iaitu Puan Rohana binti Apandi, Encik Bashirul bin Ismail dan Encik Mazli bin Muhammad.

    Seluruh warga IKSN merakamkan ucapan tahniah dan mendoakan kejayaan buat kedua-dua peserta yang menjadi pejuang kemahiran dalam pertandingan berprestij ini. Semoga mereka berjaya membawa pulang pingat seterusnya mengharumkan nama IKSN di persada kemahiran negara.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

     

    Institut Kemahiran Sukan Negara
    Jalan Sultan Abdul Samad,
    Kampung Sungai Raba,
    42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

    No. Telefon : 03-3180 2128
    No. Faks : 03-3180 1667
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.